AiXCHANGE CEO FACULTY PROGRAMME 2.0

Term Of Reference

AIxCHANGE Term of Reference


AIXCHANGE

[email protected] PROGRAMME 2.0

"COACHED BY THE PROS"

CYCLE 3

Pengenalan

[email protected] Programme 2.0 (CFP) 2.0 dengan tema ‘Coached By The Pros’ merupakan program pengembangan fasa daripada program CFP 1.0 yang memberi tumpuan kepada penerapan unsur-unsur kepimpinan di peringkat universiti di kalangan pensyarah muda (kelulusan Phd di bawah umur 40 tahun) dalam mempersiapkan diri sebagai pemimpin yang akan menerajui pengurusan tertinggi universiti pada masa hadapan. Para pensyarah (felo) ini dipilih daripada Universiti Awam dan ditempatkan di organisasi CEO selama enam (6) bulan bagi memberi peluang mengikuti dan mempelajari pengoperasian sesebuah syarikat serta mendalami ilmu kepemimpinan CEO.


Objektif

  1. Menyediakan platform pendedahan industri kepada pensyarah muda;
  2. Memperoleh pengalaman dan pengetahuan secara bimbingan peribadi daripada CEO dan kepimpinan tertinggi syarikat sangkutan industri;
  3. Berperanan secara inklusif dan komprehensif di dalam memacu jalinan kolaborasi industri dan universiti yang berimpak tinggi; dan
  4. Menyebarluaskan pengalaman di industri dengan memupuk nilai etika kerja efisien kepada pensyarah lain serta memperkukuhkan budaya kerja di universiti ke arah kecemerlangan korporat.

KPI CFP 2.0

Terdapat tiga (3) tugasan utama peserta yang perlu dilaksanakan dan dimuktamadkan dalam tempoh enam (6) bulan penempatan seperti berikut:

  1. Mencadang dan merealisasikan pelaksanaan sekurang-kurangnya satu projek berkonsep industri @ universiti hasil kolaborasi dengan organisasi tempat peserta berkhidmat;
  2. Melaksanakan kajian kes ke atas CEO atau syarikat sangkutan industri di mana peserta berkhidmat; dan
  3. Melaksanakan projek Corporate Social Responsibility (CSR) yang berimpak tinggi bersama pihak industri.

Kriteria peserta

  1. Pensyarah muda berumur 30 – 40 tahun
  2. Mempunyai kelulusan PHD
  3. Telah disahkan dalam jawatan
  4. Mendapat kelulusan dari Naib Canselor
  5. Mempunyai keupayaan untuk bekerja dengan CEO industri
  6. Kemahiran komunikasi yang tinggi
  7. Boleh bekerja secara individu dan berpasukan
  8. Pensyarah di dalam senarai talent pool universiti adalah digalakkan untuk memohon
  9. Pensyarah berjawatan Profesor Madya adalah digalakkan untuk memohon
  10. Calon dikehendaki untuk menyatakan secara ringkas dalam 300 perkataan sebab-sebab untuk memohon dan apakah gambaran halatuju mereka selepas program ini

Tanggungjawab peserta

  1. Mempunyai daya saing, kreativiti dan boleh bekerja secara individu dan berkumpulan
  2. Mendalami kemahiran rundingan, kemahiran rangkaian perhubungan dan kemahiran kepemimpinan daripada CEO
  3. Terlibat dengan perancangan dan pelaksanaan projek di industri (sekiranya berkenaan)
  4. Mengenalpasti peluang dan mewujudkan kolaborasi antara universiti dan industri dalam tempoh setahun dari permulaan sangkutan
  5. Menyediakan kertas kajian kes berkenaan CEO atau syarikat industri yang ditindikkan
  6. Melaksanakan program CSR dengan industri dalam tempoh sangkutan
  7. Melaporkan perkembangan sangkutan setiap 2 bulan sekali kepada Kementerian
  8. Mengikuti segala program yang diaturkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kementerian
  9. Memberi komitmen sepenuhnya terhadap program
  10. Sentiasa memastikan nama baik kementerian dan universiti terpelihara

Tanggungjawab Universiti

  1. Melepaskan peserta selama tempoh sangkutan secara sangkutan industri/ cuti sabatikal
  2. Memastikan kewujudan penyelia senior dari fakulti yang boleh dirujuk oleh peserta dan juga Kementerian sepanjang program
  3. Merancang program melibatkan industri bersama peserta selepas selesai sangkutan bagi memastikan kesinambungan program terus kekal

Tanggungjawab CEO Industri

  1. Menjadi mentor dengan memberi tunjuk ajar kemahiran rundingan, kemahiran rangkaian perhubungan, kemahiran kepimpinan dan lain-lain yang bersesuaian kepada peserta
  2. Digalakkan untuk memberi insentif berbentuk elaun atau apa-apa yang bersesuaian kepada peserta (selain daripada gaji hakiki oleh pihak universiti)
  3. Memberi maklum balas kepada Kementerian di akhir program

Pelaksanaan Program

Program dijangka akan bermula pada Februari 2020.

Perkara Penglibatan Tarikh
Lapor diri di industri Peserta / Industri Februari 2020
Program CSR Peserta / Industri / Kementerian Jun 2020
Kertas kajian CEO Peserta / Kementerian Julai 2020
Latihan dan Pembangunan Peserta / Kementerian Februari – Ogos 2020

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:


  1.     Norfazrin bt Mohamad Noh
        [email protected]
        03-8870 6472 / 019-6231958
                            
  2.     Aliffy Khairul Fizam Bin Abdul Adzis 
        [email protected]
        03-8870 6574 / 013-9297257